SeMeKePBT6 2017 SMK Bandar T6

Sekolah ini menggunakan sistem pemarkahan SeMeKeP iaitu Sederap Memacu Kecemerlangan Pelajar yang bertujuan untuk menarik minat murid-murid di sekolah .

Terdapat empat rumah sukan yang terdiri daripada rumah Cyber (Merah) , Corona (Kuning) , Cosmos (Biru) dan juga Cyclone (Hijau) . Program 'SeMeKeP' ini dapat membantu rumah sukan untuk menambah mata masing-masing .

Sebelum sesi persekolahan tahun tersebut akan tamat , pelajar tingkatan 5 akan diraikan dalam majlis "Anugerah Juara Segala Juara" . Rumah sukan yang mendapat mata tertinggi dalam sistem SeMeKeP akan diraikan bersama .

Maksud SeMeKePBT6:-
Se - Sederap
Me - Memacu
Ke - Kecemerlangan
P - Pelajar
B - Berdasarkan
T - Teras
6 - 6

Teras 6 - Takwa , Tulus , Tekal , Tekun , Tabah dan Teguh .

Bermula 3 Februari 2020 , semua pelajar SMK Bandar T6 mula menjalani proses 'thumbprint' (pengesan cap jari) untuk mengesahkan kehadiran murid ke sekolah .